Selasa, 1 November 2011

Sambutan Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog saya,saya disini ingin berkongsi pengalaman saya dengan anda semua.Pengalaman yang saya ingin kongsikan ialah berkenaan dengan sambutan Hari Raya saya dan kawan-kawan di IKMKL.Pada Hari Raya pada tahun 2011 saya dan kawan -kawan telah diperintah kan oleh pengajar kami untuk memakai baju melayu pada hari tersebut kerana katanya orang dari luar ingin menghadiri majlis tersebut juga. Pada hari tersebut saya bersama rakan saya telah ditugaskan untuk membaca sajak yang bertemakan Merdekaraya,pada mulanya agak cemas juga maklumlah sebelum ini mana pernah naik atas pentas yang begitu ramai orang,tibalah giliran saya perasaan tu tidak usah diceritakan la semua bercampur takut,cemas,gugup semua adalah, lalu saya pun baca sambil baca tu saya melihat tangan saya menjadi ketar ketar lalu dengan segera saya menghabiskan sajak itu.Selepas saja habis saya berasa tenang campur lega kerana giliran saya sudah lepas,semenjak pada hari itu saya rasa saya tidak akan menbaca sajak lagi...........sekian kisah saya.Terima kasih kerana sudi membaca.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan